~~~~VIRUS BARU~~~~
Baru- baru ini saya menerima emel dari rakan saya, memberitahu tentang virus baru yang ditemui. Berikut merupakan ringkasan virus tersebut:
Sebuah virus baru sudah ditemui, dan digolongkan oleh Microsoft sebagai yang paling
bahaya! Virus itu baru ditemukan pada Minggu yang lalu oleh McAfee, dan belum ditemui
vaksin untuk mengalahkannya. Virus ini akan mengosongkan Sektor hard disc, yang
menyimpan data-data terpenting. Virus ini berjalan sebagai berikut :
Secara automatik virus ini akan mengirim ke semua nama dalam daftar alamat anda dengang
judul "Sebuah Kad Untuk Anda" (Une Carte Pour Vous, atau A Card For You); - jika kad
virtual itu terbuka, virus itu akan membekukan komputer sehingga pengunanya harus
memulakannya kembali; kalau anda menekan CTRL+ALT+DEL atau perintah untuk restart, virus itu akan mengosongkan data dari Sektor Boot hard disc, sehingga hard disc akan rosak secara permanent. Menurut CNN, virus itu dalam beberapa jam sudah menimbulkan panik di New York. peringatan ini telah diterima oleh pegawai Microsoft sendiri. Jangan membuka e-mail dengan judul "Sebuah kad virtual untuk Anda" (Une Carte Virtuelle Pour Vous atau A Virtual Card For You).
AWAS!!!
Jangan terima kotak "pti_bout_de_ chou hotmail.com". Ini virus yang akan memformat
komputer anda. Kirimkan pesan ini ke semua orang yang ada di dalam daftar alamat anda..
Sumber daripada ~ http://fasilitatorschoolnetbp.blogspot.com/
Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2009
Satu perkhemahan telah diadakan pada 13 hingga 14 hb November 2009 bertempat di Padang Sekolah Parit Bingan. Seramai 109 orang murid yang terlibat dan diiringi oleh 29 orang guru dan kakitangan SKPB.
Perkhemahan ini bertujuan mendedahkan murid tentang perjalanan aktiviti Perkhemahan dan mendidik murid-murid berdikari dan bekerjasama sesama rakan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendirikan khemah, ibadah dan aktiviti kerohanian, membuat gajet, aktiviti riadah, kawat kaki, memasak, malam kebudayaan, ceramah pertolongan cemas dan kembara malam.
Makluman
PENYEKATAN APLIKASI JARINGAN SOSIAL DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Pihak MAMPU ada menerima satu aduan yang disalurkan melalui Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara berhubung penyalahgunaan aplikasi jaringan sosial terutamanya Facebook, Friendster, MySpace dan Twitter oleh penjawat-penjawat awam pada waktu pejabat untuk tujuan peribadi. Penyalahgunaan kemudahan ICT ini untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat boleh menjejaskan fokus penjawat-penjawat awam dalam menjalankan tugas rasmi. Sekiranya perkara ini tidak dikawal, ia akan menjejaskan prestasi dan imej agensi serta keseluruhan perkhidmatan awam.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) akan mengambil tindakan untuk menyekat semua aplikasi jaringan sosial dengan serta-merta di semua capaian talian rangkaian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan. Perkara ini dirujuk melalui surat Kementerian Pelajaran Malaysia (KP.BPM/1/06/001/21 Jld.12 (60)) yang bertarikh 13 Oktober 2009.
Rombongan Ke Melaka






Rombongan ini adalah rombongan sambil belajar pelajar-pelajar SKPB ke Melaka dengan diiringi oleh guru-guru. Seramai 8 orang guru yang terlibat dalam rombongan ini dan pelajar yang mengikuti rombongan ini terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Antara tempat-tempat yang menarik yang telah dikunjungi adalah Zoo Melaka, Eyes on Malaysia, Mahkota Parade dan Malacca River Cruise.
Rombongan ini bertolak seawal jam 8.00 pg dan tiba jam 10.00 malam. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara sesama pelajar dan juga antara guru dan pelajar di samping untuk mengisi aktiviti pelajar selepas UPSR. Semoga rombongan ini memberi kenangan yang terindah kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini bagi melanjutkan pelajaran ke Tingkatan .
Sumber : ERAMUSLIM : Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...MasyaAllah
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

