Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2009

Satu perkhemahan telah diadakan pada 13 hingga 14 hb November 2009 bertempat di Padang Sekolah Parit Bingan. Seramai 109 orang murid yang terlibat dan diiringi oleh 29 orang guru dan kakitangan SKPB.

Perkhemahan ini bertujuan mendedahkan murid tentang perjalanan aktiviti Perkhemahan dan mendidik murid-murid berdikari dan bekerjasama sesama rakan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendirikan khemah, ibadah dan aktiviti kerohanian, membuat gajet, aktiviti riadah, kawat kaki, memasak, malam kebudayaan, ceramah pertolongan cemas dan kembara malam.


0 comments:

Post a Comment