Rombongan Ke Melaka







Rombongan ini adalah rombongan sambil belajar pelajar-pelajar SKPB ke Melaka dengan diiringi oleh guru-guru. Seramai 8 orang guru yang terlibat dalam rombongan ini dan pelajar yang mengikuti rombongan ini terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Antara tempat-tempat yang menarik yang telah dikunjungi adalah Zoo Melaka, Eyes on Malaysia, Mahkota Parade dan Malacca River Cruise.

Rombongan ini bertolak seawal jam 8.00 pg dan tiba jam 10.00 malam. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara sesama pelajar dan juga antara guru dan pelajar di samping untuk mengisi aktiviti pelajar selepas UPSR. Semoga rombongan ini memberi kenangan yang terindah kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini bagi melanjutkan pelajaran ke Tingkatan .

0 comments:

Post a Comment