Program LDP




Pada 10hb Oktober 2009, SK Parit Bingan telah terpilih untuk menjadi tuan rumah Program LDP anjuran PPD Batu Pahat. Program ini melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK Parit Bingan, SK Seri Paya dan SK Setia Jaya. Seramai 48 orang guru yang terlibat di dalam program ini. Program ini adalah program yang berteraskan ICT iaitu Program Peningkatan Kemahiran ICT di kalangan guru-guru. Fasilitator Schoolnet SK Parit Bingan adalah terlibat secara langsung di dalam program dibantu oleh Fasilitator Schoolnet Jemputan daripada SK Setia Jaya dan Juruteknik Komputer FT17 SK Parit Bingan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada e-mail dan cara menggunakannya, pengenalan kepada laman sosial Facebook dan juga File Sharing overnetworking. Program ini berjalan dengan lancar di atas kerjasama semua pihak iaitu pihak sekolah, guru-guru, dan semua yang terlibat.

0 comments:

Post a Comment